WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Umur Baru 30+, Tapi Badan Dah Penat – Normal Ke (W119)
28 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2026, iaitu pada hari Selasa, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Live: Studio Sihat dan Facebook Live: NADI Malaysia.
Bersama penceramah jemputan; kupasan santai & berfakta bersama; Pn Nur Hanis Binti Abdul Manan seorang Ahli Fisioterapi dari Sena Specialist Hospital Segamat. Baru masuk 30-an tapi
✔ cepat lenguh
✔ selalu penat walaupun tidur cukup
✔ sakit belakang, leher & lutut datang awal
Soalan besar dia… INI NORMAL KE ATAU BADAN DAH BAGI “WARNING”?
Webinar kali sesuai untuk anda, kalau anda; Kerja pejabat / kerja berdiri lama, selalu sakit badan tapi malas jumpa doktor dan berminat nak tahu beza penat biasa vs penat berbahaya.
Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberikan ilmu pengetahuan baharu tentang sakit badan bukan sekadar sakit otot atau lenguh-lenguh biasa. Semoga manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk kesejahteraan diri dan keluarga pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: